Wednesday, February 10, 2010

ALAT MUZIK TRADISIONAL SARAWAK

Berikut adalah antara alat-alat muzik tradisional yang ada di Sarawak.



1. BEDUK



Beduk ialah sejenis gendang yang panjang. Arannya diperbuat daripada batang kayu yang dibuang isi tengahnya. Pada hujungnya dipasang kulit kerbau atau kulit lembu.







2. GONG





Alat ini berbentuk seakan-akan gendang tetapi diperbuat daripada tembaga atau loyang dengan bonjol di tengah-tengahnya. Bonjol itu dipukul untuk melahirkan bunyi. Dalam ensemble ia berperanan sebagai penerus dan penutup lagu.






3. ENGKROMONG





Engkromong asalnya daripada budaya Iban dan beberapa budaya di Semenanjung. Ia adalah siri gong kecil (sekitar 5 hingga 7 inci) dan dimainkan secara bersiri 8 buah, dengan masing-masing ada tona atau bunyi khusus









4. GENDANG






Ukuran gendang lebih besar daripada rebana, dan belulangnya daripada kulit kerbau dan lembu sahaja. Ia selalu dimainkan untuk melahirkan muzik bass dalam acara bermukun







5. SAPE




Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit. Alat muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.






6. HADRAH




Hadrah adalah sejenis alat muzik yang menyerupai kompang. Namun ianya mempunyai 3 kerincing yang diletakkan pada setiap hadrah.









7. JATUNG UTANG





Jatung Utang adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu dan selalu dimainkan oleh masyarakat etnik Kenyah.









8. SILATONG



Silatong adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh.

10 comments:

  1. boleh saya tahu adakah pihak BTP mempunyai contact person (pakar dalam instrumen muzik ini) untuk dihubungi? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saya tahu encik sudah dapat contact person (pakar Dalam instrumen Muzik ini) ?

      Delete
  2. terima kasih kerana menyiapkan keje sekolah sayašŸ˜»

    ReplyDelete
  3. tq DPT siap keje skolah sejarah.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Klaka bagus sikit oi,olah kdk manusia baruk kluar dari gua,idup zaman batu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...