Berikut adalah antara alat-alat muzik tradisional yang ada di Sarawak.
1. BEDUK
Beduk ialah sejenis gendang yang panjang. Arannya diperbuat daripada batang kayu yang dibuang isi tengahnya. Pada hujungnya dipasang kulit kerbau atau kulit lembu.
2. GONG
Alat ini berbentuk seakan-akan gendang tetapi diperbuat daripada tembaga atau loyang dengan bonjol di tengah-tengahnya. Bonjol itu dipukul untuk melahirkan bunyi. Dalam ensemble ia berperanan sebagai penerus dan penutup lagu.
3. ENGKROMONG
Engkromong asalnya daripada budaya Iban dan beberapa budaya di Semenanjung. Ia adalah siri gong kecil (sekitar 5 hingga 7 inci) dan dimainkan secara bersiri 8 buah, dengan masing-masing ada tona atau bunyi khusus
4. GENDANG
Ukuran gendang lebih besar daripada rebana, dan belulangnya daripada kulit kerbau dan lembu sahaja. Ia selalu dimainkan untuk melahirkan muzik bass dalam acara bermukun
5. SAPE
Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit. Alat muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.
6. HADRAH
Hadrah adalah sejenis alat muzik yang menyerupai kompang. Namun ianya mempunyai 3 kerincing yang diletakkan pada setiap hadrah.
7. JATUNG UTANG
Jatung Utang adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu dan selalu dimainkan oleh masyarakat etnik Kenyah.
8. SILATONG
Silatong adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh.







