Showing posts with label PAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label PAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK DI SARAWAK



Sarawak bukan sahaja terkenal dengan keindahan flora faunanya. Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak juga turut terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang dihasilkan. Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Antara pakaian tradisional yang  terdapat di Sarawak :

1. Orang Iban










Orang Iban adalah kaum yang paling utama di Sarawak. Pakaian Iban dipilih untuk dipakai bagi Ratu Pesta Menuai Sarawak. Bagi pakaian istiadat suku kaum Iban, lelaki akan memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik atau jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Mereka juga mengenakan ikat kepala dari kain tenun dan tali pinggang perak. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Wanita juga memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sudu tinggi.




2. Orang Ulu











Wanita Orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang. Wanita menggayakan ta’ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.







 3. Orang Bidayuh











Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang. Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.




4. Orang Melanau














Pakaian lelaki Melanau pula daripada satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.





5. Orang Melayu













Pasangan Melayu Sarawak pula, lelaki akan berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di bahu. Wanita Melayu Sarawak mengenakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.




nota : pakaian-pakaian di atas hanyalah sebagai contoh mewakili pakaian sebahagian etnik di Sarawak. Ianya mungkin berbeza disetengah daerah mahupun acara. Harap Maklum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...